Orang perempuan ini, ke mana sahaja dia pergi, dia akan bawa nama lelaki. Sebelum berkahwin dia bawa nama bapa dia. Selepas berkahwin dia bawa nama suami dia.
Orang perempuan ini, yang cantik dan manisnya bila ada sifat malu. Tapi bertempat.
Orang perempuan ini, kalau tidak suka orang lelaki, jangan dipamir rasa benci. Jaga maruah orang lain, orang lain juga akan jaga maruah kalian.
Orang perempuan ini memang menjadi fitnah dunia. Tapi lagi kasihan jika dia difitnah.
Orang perempuan ini, memang disukai lelaki. Tapi jangan sampai tergadai maruah diri. Jaga akhlak dan adab diri. Orang lelaki tak berani kacau, paling berani pun setakat pandang sahaja. Itu tandanya mereka hormat pada perempuan yang ada harga diri.
Orang perempuan ini, cantik semasa usia 25 tahun sehingga 35 tahun dan anggun ketika usia 35 tahun hingga 45 tahun.
Orang perempuan ini, 5 tahun sebelum usia 50 tahun sudah bersedia pudarkan warna lipstik untuk dipanggil nenda. Fitrahnya kalian semakin berusia.
Orang perempuan ini, wajib tutup serba serbi. Sebab yang mahal memang sentiasa dalam cermin kaca dan berbungkus rapi.
Orang perempuan ini, fitrahnya lemah lembut, bersopan santun, keibuan, penyayang, lembut hati, manis senyumannya, sensitif dengan persekitaran dan doanya makbul bila bergelar ibu. Walaupun kalian berwatak seperti lelaki, dalam hati kalian ada semua ini. Cubalah zahirkan.
Orang perempuan ini memang Tuhan cipta untuk melahirkan manusia sebagai penyambung waris. Jika tidak ada, Tuhan sangat sayang kalian sehingga Dia tidak mahu kalian rasa terbeban dengan tanggungjawab yang dahsyat.
Orang perempuan ini fizikalnya mudah lemah. Jadi kalian perlukan tenaga lelaki untuk kerja-kerja tertentu. Ingat, kita ada rahim untuk tempatkan zuriat suami. Jaga rahim kalian.
Orang perempuan yang sudah ada anak, minumlah susu atau ambilah kalsium. Kalian mungkin menyusukan anak. Seorang anak menyusu selama 2 tahun atau 1 tahun, mungkin 6 bulan. Jika 3 orang anak? Kalsium dalam badan pun semakin kurang. Jangan sampai osteoporosis. Makan makanan yang banyak KHASIAT. Kalian berkongsi zat makanan dengan anak yang disusukan.
Orang perempuan ini, memang senang menangis dan senang ketawa. Itulah cara dia melepaskan segala-galanya. Berbanding lelaki, sangat susah menangis.
Orang perempuan ini, bila terasa hati, tolong banyakkan istighfar dan selawat ke atas Nabi. Itu sahaja ubat paling mujarab.
Orang perempuan ini, kene rajin cuci wajah sebelum tidur, jangan tidur dengan wajah yang tidak dibersihkan. Nanti wajah cepat kusam. Rajin-rajin pakai pelembap atau 'night cream'. Paling malas pun, sapulah minyak zaitun.
Orang perempuan ini, jangan kuat cemburu, memang cemburu itu tanda sayang. Tapi mak saya kata, isteri yang kuat cemburu itu sebab dia rasa dia tidak cantik 😅😅. Wahai para suami, tambah lagi nafkah isteri untuk beli lipstick warna baru!
Feel free to share it.
3B:
Baca dan faham.
Bagi (share).
Buat.
Jemput 'follow' saya. Saya sedang sebarkan kebaikan. Hari-hari saya akan sentuh hati kalian semua. Saya sebarkan kebaikan untuk kesejahteraan hidup bersama-sama.
#PuanRashidahAhmad
#taswamconsultancy
No comments:
Post a Comment