Saturday, December 7, 2019

Pssst, dia tak suka awak.




Pssst, dia tak suka awak.

Bagaimana menghadapi situasi apabila mendapat perkhabaran, ada orang yang tidak senang dengan kita?

🌷 Menangis.
Biasa.
Itu normal.
Tindak balas emosi.

Tenang sahaja.

🌷Istighfar.

Ini perkataan pertama yang WAJIB disebut.
Sebutlah perkataan yang baik.
Perkataan yang boleh membawa kalian kepada pahala.
Perkataan yang boleh menjadikan kalian lebih terasa kehambaan.

Tuhan izinkan perkara itu berlaku kepada kalian. Tidaklah kalian hidup dalam keadaan terasa resah, bagai ada yang tidak kena.

Melazimi istighfar, akan menyelesaikan segala kesulitan.

Allah bagi ujian, untuk kita semua beristighfar. Kembali kepada Allah. πŸ’•

Bolehlah kalian tingkatkan lagi rasa kehambaan.

Tambahkan lagi kesabaran.

Yes, itu ujian baru!

Tidak lain tidak bukan, hanyalah Allah sayang dan sedang didik hati kalian dengan sifat-sifat yang baik.

Tenang sahaja.

🌷Tuhan.
Tidak ada siapa yang dapat bantu kalian. Hanya Tuhan.
Dia yang cipta semua skrip kehidupan kalian.

Tenang sahaja.

🌷Curhat.
Carilah teman curahan hati.

Saya kongsikan formula 3L :
Luah - Lega - Lupa

Jangan disimpan di dalam hati.
Nanti bertambah sakit dan merana jiwa.

Tenang sahaja.

🌷 Berdoa.
Berdoalah dengan cara doa 'win win situation'.

Begini saya ajarkan,

"Wahai Allah, jika saya yang bersalah, berilah petunjuk dan segerakan hukuman olehMu agar saya diampunkan dan tidak menanggung hutang di akhirat kelak, mungkin sahaja menjadikan kepuasan bagi pihak lawan dan memaafkan sekiranya mereka bukan dari golongan orang yang zalim. Namun, sekiranya saya ini teraniaya, segerakan hukuman dan hidayah bagi pihak lawan dan saat itu saya maafkan mereka kerana saya bukan seorang yang zalim."

Adil bukan?

Dalam situasi tersepit, kalian tidak tahu di mana silap kalian dan di mana silap pihak lawan.

Maka serahkan segala urusan kepada Tuhan. Jalani kehidupan dengan 2T.
-Tabah
-Tenang

Tenang sahaja.

🌷 Buang -1S dan kekalkan +1S
-Stress
+Senyuman manis

Yang tidak suka mungkin hanya 1 atau 2 orang. Yang suka mungkin 10 atau orang penting di sekeliling kalian.

Mengapa perlu pandang titik hitam di tengah kain yang putih?

Pandanglah di sekeliling kain putih yang bersih dan masih boleh dilakar dengan corak yang cantik.

🌷 Amalkan bacaan manzil (Ma'thurat).
Ini adalah zikir amalan Rasulullah s. a. w.
Diamalkan setiap pagi dan petang.
Tidak mampu buat di waktu pagi, buatlah di waktu petang.
Insya-Allah,
-akan dilindungi oleh Allah. πŸ’•
-akan dilembutkan hati oleh Allah untuk memaafkan.
-akan mendapat hati dan jiwa yang sakinah (tenang).

Tenang sahaja.

🌷 Dhuha
Allah akan berikan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Dhuha ini, sahabat baiknya adalah istighfar.

Dhuha pula, memang terbukti sebagai 'button' pembuka berbagai-bagai rezeki.

🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷

Sudah habis membaca?

Alhamdulillah.

Baik, sekarang saya mahu bertanya kepada kalian, kalian jawab dengan sebutan yang jelas agar telinga kalian mendengar dan minda kalian tersedar.

Barulah otak akan menjana maklumat dan arahan disalirkan ke seluruh saraf untuk tindakan seterusnya.

Soalan saya ialah...

Siapa yang menentukan hidup kalian sekarang ini?
Mereka atau kalian sendiri?

🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷 🌷

Tenang sahaja. 😊

3B
Baca dan faham.
Bagi (share).
Buat.

Feel free to share it.
Tenanglah wahai jiwa yang galau.

Jemput 'follow' saya. Saya sedang sebarkan kebaikan untuk kesejahteraan hidup bersama-sama.

#PuanRashidahAhmad
#taswamconsultancy


No comments:

Post a Comment