Friday, November 29, 2019

Pesanan Buat Orang Perempuan




Pesanan buat orang perempuan.

Orang perempuan ini, ke mana sahaja dia pergi, dia akan bawa nama lelaki. Sebelum berkahwin dia bawa nama bapa dia. Selepas berkahwin dia bawa nama suami dia.

Orang perempuan ini, yang cantik dan manisnya bila ada sifat malu. Tapi bertempat.

Orang perempuan ini, kalau tidak suka orang lelaki, jangan dipamir rasa benci. Jaga maruah orang lain, orang lain juga akan jaga maruah kalian.

Orang perempuan ini memang menjadi fitnah dunia. Tapi lagi kasihan jika dia difitnah.

Orang perempuan ini, memang disukai lelaki. Tapi jangan sampai tergadai maruah diri. Jaga akhlak dan adab diri. Orang lelaki tak berani kacau, paling berani pun setakat pandang sahaja. Itu tandanya mereka hormat pada perempuan yang ada harga diri.

Orang perempuan ini, cantik semasa usia 25 tahun sehingga 35 tahun dan anggun ketika usia 35 tahun hingga 45 tahun.

Orang perempuan ini, 5 tahun sebelum usia 50 tahun sudah bersedia pudarkan warna lipstik untuk dipanggil nenda. Fitrahnya kalian semakin berusia.

Orang perempuan ini, wajib tutup serba serbi. Sebab yang mahal memang sentiasa dalam cermin kaca dan berbungkus rapi.

Orang perempuan ini, fitrahnya lemah lembut, bersopan santun, keibuan, penyayang, lembut hati, manis senyumannya, sensitif dengan persekitaran dan doanya makbul bila bergelar ibu. Walaupun kalian berwatak seperti lelaki, dalam hati kalian ada semua ini. Cubalah zahirkan.

Orang perempuan ini memang Tuhan cipta untuk melahirkan manusia sebagai penyambung waris. Jika tidak ada, Tuhan sangat sayang kalian sehingga Dia tidak mahu kalian rasa terbeban dengan tanggungjawab yang dahsyat.

Orang perempuan ini fizikalnya mudah lemah. Jadi kalian perlukan tenaga lelaki untuk kerja-kerja tertentu. Ingat, kita ada rahim untuk tempatkan zuriat suami. Jaga rahim kalian.

Orang perempuan yang sudah ada anak, minumlah susu atau ambilah kalsium. Kalian mungkin menyusukan anak. Seorang anak menyusu selama 2 tahun atau 1 tahun, mungkin 6 bulan. Jika 3 orang anak? Kalsium dalam badan pun semakin kurang. Jangan sampai osteoporosis. Makan makanan yang banyak KHASIAT. Kalian berkongsi zat makanan dengan anak yang disusukan.

Orang perempuan ini, memang senang menangis dan senang ketawa. Itulah cara dia melepaskan segala-galanya. Berbanding lelaki, sangat susah menangis.

Orang perempuan ini, bila terasa hati, tolong banyakkan istighfar dan selawat ke atas Nabi. Itu sahaja ubat paling mujarab.

Orang perempuan ini, kene rajin cuci wajah sebelum tidur, jangan tidur dengan wajah yang tidak dibersihkan. Nanti wajah cepat kusam. Rajin-rajin pakai pelembap atau 'night cream'. Paling malas pun, sapulah minyak zaitun.

Orang perempuan ini, jangan kuat cemburu, memang cemburu itu tanda sayang. Tapi mak saya kata, isteri yang kuat cemburu itu sebab dia rasa dia tidak cantik 😅😅. Wahai para suami, tambah lagi nafkah isteri untuk beli lipstick warna baru!

Feel free to share it.
3B:
Baca dan faham.
Bagi (share).
Buat.

Jemput 'follow' saya. Saya sedang sebarkan kebaikan. Hari-hari saya akan sentuh hati kalian semua. Saya sebarkan kebaikan untuk kesejahteraan hidup bersama-sama.

#PuanRashidahAhmad
#taswamconsultancy

Thursday, November 28, 2019

Tenang di Penghujung Usia 30 an



Tenang di penghujung usia 30 an.

Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.

Asyik melenting sahaja!

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

🌷 You have to face it!🌷

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Selepas menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik, 'kan Allah. 💕
.
.
.
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Please share it to save more people out there.

#PuanRashidahAhmad
#taswamconsultancy


Wednesday, November 27, 2019

Saya Rashidah Ahmad




Assalamualaikum.

Saya Puan Rashidah. Nama penuh, Siti Nor Rashidah binti Ahmad. Saya adalah seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka. Isteri kepada Khairul Fahmi Abdul Malik dan mama kepada 6 orang cahaya mata. Lahir pada 19 Jun 1980 dan kini berusia 39 tahun. Hobi saya membaca dan menulis. Melukis juga salah satu kegemaran saya. Suka warna kuning, pink, purple, hijau dan peach. Salam kenal buat semua pengunjung blog yang saya sayangi. Selamat membaca, galilah ilmu yang ada untuk dimanfaatkan.